Sunday, October 31, 2010

Ohhhh...apa nak jadi..

Kali ini diary wanita untuk wanita membawakan topik yang perlu kita bincangkan bersama-sama...
Apa nak jadi dengan dunia hari ini..apa dah jadi dengan anak remaja kita pada hari ini..Sepatutnya pepatah "Biar MATI ANAK...jangan mati ADAT" harus kita renungi kembali...Mari kita tengok dahulu koleksi-koleksi kes buang bayi yang sempat dikumpul setakat ini...
Sedih...memang menyedihkan...rasa nak menangis...

SHAH ALAM 18 Ogos - Kerajaan Selangor menerusi Jawatankuasa Generasi Idaman Selangor (GeMS) akan melancarkan kempen antizina sebagai satu daripada usaha untuk membendung kes buang bayi.
Pengerusi jawatankuasa tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia Selangor, Dr. Halimah Ali berkata, kempen itu akan dilancarkan sempena program untuk menangani gejala sosial pada 30 Ogos ini di I-City, Seksyen 7 di sini, yang dijangka dihadiri 3,000 belia.
"Program ini juga sempena sambutan kemerdekaan negara dan akan dimulakan dengan solat isyak dan tarawih berjemaah selain beberapa aktiviti kesenian dan persembahan artis jemputan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, program itu bertujuan mengingatkan remaja supaya tidak lalai dan terjebak dalam gejala sosial termasuk sehingga terlanjur melakukan zina dan membuang bayi.
Dr Halimah berkata, semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pertubuhan belia dan pihak sekolah juga akan terbabit secara langsung dalam menangani isu gejala sosial itu. - Bernama

  Lagi Kes Buang Bayi Dalam Tandas Sekolah

Lagi Kes Buang Bayi Dalam Tandas Sekolah

Bayi lelaki itu ditemui di atas tangki air tandas lelaki di salah sebuah sekolah berasrama penuh. Kes ini tidak melibatkan pelajar sekolah berkenaan. Bagaimana pun polis telah menahan wanita yang berumur 40-an bekerja di sekolah tersebut. Wanita terbabit telah pun bersuami dan mempunyai anak 4 dan polis akan membuat ujian DNA untuk memastikan sama ada bayi tersebut anak kepada wanita berkenaan.

ni...ada lagi ni...
1 Ramadhan dicemari dengan kes buang bayi

Sumber gambar
Permulaan Ramadan yang dinanti oleh umat Islam untuk membuat ibadah tetapi perkara yang dikeji pula dilakukannya. Melahirkan bayi dalam tandas dan buang ke dalam tong sampah dipagi Ramadan dimana umat Islam sedang sibuk bersahur.

Kenapa perkara ini semakin berleluasa apabila media semakin sibuk promosi perkara ini?
Adakah ini kesannya apabila liputan media lebih meluas?

Ikuti berita yang dipetik dari Harian Metro yang bertajuk "Buang ikut tingkap tandas":

MELAKA: “Saya ingatkan bunyi nada dering telefon bimbit kerana hanya dengar sekali saja bunyi tangisan bayi itu,” kata pengawal keselamatan kilang, Mohd Asri Shaari, 43, dari Cheng, dekat sini, yang menemui seorang bayi perempuan di dalam tong sampah di Ayer Keroh, awal pagi semalam.
Menurutnya, seorang rakan sekerjanya mengesyaki sesuatu yang buruk mengenai tangisan bayi itu selepas dia melihat tangan orang menghulurkan sesuatu dari tingkap tandas di belakang pos pengawal dan menyuruhnya melakukan pemeriksaan.
Mohd Asri berkata, pada mulanya dia bersama dua rakannya yang hanya dikenali sebagai Nurismawati dan Faris berehat di luar pos kawalan di hadapan kilang dia bekerja.
Katanya, ketika itu mereka baru selesai bersahur sebelum terdengar tangisan bayi dari arah tandas berkenaan dan keadaan ketika itu agak sunyi kira-kira jam 5.15 pagi.
“Saya tidak syak apa-apa, tetapi Nurismawati berasa pelik dan menyuruh saya memeriksa perkara itu. Saya kemudian hendak masuk ke tandas tetapi mereka beritahu ada orang, lalu saya terus masuk semula ke pos pengawal.
“Ketika itu juga seorang pekerja lelaki meminta kebenaran keluar sekejap mengambil bekalan makanan di dalam raga motosikal di luar dan saya benarkan.
“Pada masa sama, Nurismawati nampak ada orang hulur barang dari tingkap tandas kepada seorang lelaki yang memasukkannya ke dalam tong sampah. Kemudian seorang perempuan keluar dari tandas dan terus masuk ke dalam kilang begitu juga pekerja lelaki berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, dia terus membuka tong sampah itu dan melihat ada beg kain warna hitam di dalamnya.
“Saya angkat beg itu yang berat dan bergerak-gerak menyebabkan hati cemas. Apabila beg dibuka saya lihat ada bayi di dalamnya yang masih bertali pusat serta kesejukan selain terdapat tuala kecil di lehernya. Saya segera mengangkat bayi itu sebelum Wati membalutnya dengan baju dan saya terus menghubungi polis,” katanya.
Katanya, sebelum polis tiba, muncul seorang wanita bersama teman lelakinya yang meminta kebenaran untuk balik, namun saya menghalangnya kerana mengesyaki bayi itu anaknya.
“Wanita itu beri alasan bapanya kemalangan dan hendak balik segera, namun saya halang. Saya tanya mengenai bayi itu, namun mereka menafikannya berkali-kali sebelum perempuan itu mengaku bayi itu anaknya. Mereka ditahan anggota polis yang tiba selepas itu,” katanya.
Beliau berkata, dia difahamkan kedua-dua mereka baru sebulan bekerja di kilang berkenaan dan berasal dari Jelai, Negeri Sembilan.
“Perempuan itu beri alasan dia hanya meletakkan bayi itu sementara saja dalam tong sampah dan akan datang semula untuk mengambilnya.
“Tergamak mereka melakukan seperti itu terhadap bayi yang comel dan tidak berdosa. Saya betul-betul sedih dan geram apatah lagi hari pertama umat Islam berpuasa, mereka sudah mencemarkan kesucian Ramadan,” katanya.
 Ini lagi iya...

Kes Buang Bayi Di Seksyen 13, Shah Alam

Kes buang bayi antara kes yang paling kerap dilaporkan di Malaysia dengan purata tiga bayi dibuang setiap dua minggu sepanjang 2007 hingga April 2010, menurut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kes buang bayi yang terbaru dilaporkan di Seksyen 13, Shah Alam pada 29 Ogos 2010 di mana seorang bayi lelaki ditemui dalam sebuah beg kertas dengan badannya dibaluti kain batik di kawasan Pangsapuri Brunsfield. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil oleh Saudara Jidin Giding yang dikongsikan di Facebook.

Pegawai kesihatan memeriksa tali pusat yang belum dipotong

Bayi selamat dipotong tali pusat dan dibersihkan
Bayi dipindahkan ke atas selimut yang bersih


Bayi disangkut dalam paper bag pada papan tanda ” Beri Laluan “

Walaupun umat Islam masih di bulan Ramadhan, nampak gayanya itu bukanlah alasan untuk mereka tidak membuang bayi. Bayi yang masih bertali pusat dan mempunyai uri itu ditemui oleh orang awam pada pukul 5.30 petang.
Kempen Kami Prihatin di radio IKIM. Ramai yang telefon bercakap itu ini. Semuanya menyatakan perasaan yang sama iaitu sedeh dan kecewa dengan kes-kes sebegini yang semakin merobek sifat kemanusiaan. Ramai juga yang bagi pendapat kenapa dan bagaimana nak tangani masalah ni dari terus berlaku.
Antara sebab yang mereka nyatakan seperti;
  • Parents sekarang sibuk mengejar harta dunia sampai lupa anak-anak. Hampir semua tugas ‘parenting’ sudah bertukar tangan kepada ‘maid’.
  • Parents tak tunjuk model yang baik. Anak-anak dah cukup bagus dihantar ke taska/sekolah yang mengajar lengkap etika pemakaian dan akhlak, tapi parents sendiri pakai baju tak cukup kain. Kalau kami ke shopping complex, mesti jumpa parents yang spesis pelik macam ni. Bapaknya berseluar pendek, maknye berseluar ketat tak ingat. Anaknya? Apa yang kite jangkakan? Bertudung litup ke?
  • Parents terlampau lemah dalam aspek ‘parenting’. Ada yang kata, parents takut nak tegur anak-anak kalau tengok anak-anak berpakaian atau berkelakuan tak senonoh. Betul tak? Kita boleh tengok sendiri. Kalau keluar ke mana-mana, mesti jumpa punya. Mak dan ayah dah cukup cantik pakaiannya, tapi anak pakai baju dengan seluar yang tak berapa cukup sifat. Tak berani tegur ke? atau takut anak lari dari rumah?
  • Ada juga yang salahkan masyarakat sebab tak ambil peduli.
  • Ada juga yang meletakkan ianya bergantung kepada diri sendiri. Semuanya kerna diri sendiri. Kalau sayang diri sendiri, mesti takkan berlaku perkara-perkara sebegini.
  • Kegagalan dasar kerajaan sejak dulu untuk menangani isu-isu sebegini.
  • Kegagalan peranan media massa, dan lain-lain lagi.
Ada banyak lagi...cerita-cerita sebegini...aduiiiii
Renung-renungkan

Saturday, October 30, 2010

Soal Jawab Agama

Berikut adalah beberapa koleksi soal jawab agama yang patut kita ketahui..khususnya kepada muslimah.

1) Bolehkah Memberitahu Aurat Kepada Bukan Mahram

Asssalamualaikum..
Apakah hukum memberitahu sesuatu sesuatu ciri-ciri bhagian aurat kepada yg bukan mahram tanpa menunjukan bahagian tersebut?
Contohnya seorng prempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya seperti rambutnya pnjang, lurus dn sebagainya..tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut perempuan itu tersebut..

Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh. Tidak boleh memberitahu hal tersebut kepada bukan mahram.
a) Antara illah aurat wanita muslim di hadapan wanita non muslim sama seperti dgn lelaki bukan mahram adalah kerana wanita non muslim ini tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah).. Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.
b) Dari Ibn Mas’ud radiallahu anhu. berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat perempuan yang diceritakannya”.(HR. al-Bukhari dan Muslim)
c) Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:
“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]

2) Hukum mewarnakan rambut


Assalamualaikum,
Apa hukumnya mewarnakan rambut?
 
Jawapan :
Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan".

Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin  akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
 
HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.
Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)
c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)
d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.
 
2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)
Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.
 
Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :
a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.

3) Cecair kuning dari kemaluan najis



Saya menghadapi masalah sering keluar cecair kuning tanpa henti dari alat sulit. Adakah ia dikira najis? Dalam keadaan ini, bagaimana cara terbaik untuk saya menunaikan solat? Apa harus saya lakukan?
 
Jawapan
Cecair kuning yang biasa keluar dari kemaluan wanita ialah tanda sebelum datang haid dan selepasnya. Jika sering keluar, ia adalah penyakit. Cecair kuning ini najis yang perlu dibersihkan setiap kali sebelum solat. Untuk memudahkan mencuci alat sulit ini, amalkan memakai ‘panty liner’ atau pengalas seluar dalam. Setiap kali hendak bersolat, cuci alat sulit dan ganti dengan alas yang baru sebelum berwuduk. Jangan ambil masa terlalu lama antara wuduk dan solat. Maknanya, segerakan solat sejurus selepas mengambil wuduk. Jika cecair terasa keluar ketika solat dalam keadaan memakai alas bersih (kemaluan ditampal), solat masih sah kerana ia dikira penyakit yang sukar dielakkan kerana sering keluar.

4)Hukum Nenek Menyusukan Cucu


Apakah hukum nenek menyusukan cucunya ?
 
Jawapan
Nenek boleh menyusukan cucunya.
 

Wednesday, October 20, 2010

Semuanya mengenai kulit muka

Menghaluskan Kulit Muka

Petua 1 : Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
Petua 2 : Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.
Petua 3 : Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.
Petua 4 : Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.


Menegangkan Kulit Muka

Petua 1 : Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.
Petua 2 : Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Petua 3: Jika kulit wajah anda berkedut, langkah berikut mungkin boleh menjadi penyelesaian. Ambil satu biji kuning telur, satu sudu kecil minyak zaitun dan lima titis perahan limau nipis. Gaul sebati dan sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air hangat. Lakukan secara teratur seminggu sekali. Pasti kulit wajah terasa lebih segar dan tidak berkedut lagi.

Melembapkan Kulit Muka
Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga lumat. Kobis tadi dicampurkan dengan madu. Tempekkan pada muka. Amalkan selama seminggu dan anda akan merasakan perbezaan pada kulit anda. Kulit anda akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan diatasi.

Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.

Hilangkan Bintik Hitam Pada Muka
Dapatkan 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garamkemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan air suam. Amalkan memakainya pada muka setiap malam dan cuci pada keesokan hari. Lakukan sehingga bintik-bintik hitam hilang.




Oktober Bebaskan Kanser Payudara

Mengenali Barah Payudara

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.  Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel?  Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.   

Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya  akan menghasilkan lebihan tisu.  Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.  Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah).  Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini. 
Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.  Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system).  Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya.  Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.
 

Air Penting Untuk Badan

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak, rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Pelancaran Untukmu yang bergelar WANITA

SALAM UNTUKMU WANITA

Anda mahu berkongsi rahsia kejayaan, rahsia kecantikan dan amalan kesihatan sempurna? Kalau anda memang mementingkan ciri-ciri ini, anda sebenarnya orang yang tidak boleh melepaskan peluang menyertai ruangan yang telah disediakan di sini untuk berkongsi segala-galanya tentang "WANITA". Bukan itu sahaja..banyak lagi yang akan dimanfaatkan di ruangan ini..

Untuk itu,saya mulakan dengan satu sajak yang dipetik dari sebuah ruangan.

Sajak buat Wanita


Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )

Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii )

Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di
mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan
kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv )

Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada
amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit
kerenahnya ? "

( v )

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada
segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah
perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir
isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.

Sekian.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -