Saturday, October 30, 2010

Soal Jawab Agama

Berikut adalah beberapa koleksi soal jawab agama yang patut kita ketahui..khususnya kepada muslimah.

1) Bolehkah Memberitahu Aurat Kepada Bukan Mahram

Asssalamualaikum..
Apakah hukum memberitahu sesuatu sesuatu ciri-ciri bhagian aurat kepada yg bukan mahram tanpa menunjukan bahagian tersebut?
Contohnya seorng prempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya seperti rambutnya pnjang, lurus dn sebagainya..tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut perempuan itu tersebut..

Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh. Tidak boleh memberitahu hal tersebut kepada bukan mahram.
a) Antara illah aurat wanita muslim di hadapan wanita non muslim sama seperti dgn lelaki bukan mahram adalah kerana wanita non muslim ini tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah).. Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.
b) Dari Ibn Mas’ud radiallahu anhu. berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat perempuan yang diceritakannya”.(HR. al-Bukhari dan Muslim)
c) Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:
“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]

2) Hukum mewarnakan rambut


Assalamualaikum,
Apa hukumnya mewarnakan rambut?
 
Jawapan :
Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan".

Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin  akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
 
HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.
Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)
c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)
d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.
 
2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)
Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.
 
Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :
a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.

3) Cecair kuning dari kemaluan najis



Saya menghadapi masalah sering keluar cecair kuning tanpa henti dari alat sulit. Adakah ia dikira najis? Dalam keadaan ini, bagaimana cara terbaik untuk saya menunaikan solat? Apa harus saya lakukan?
 
Jawapan
Cecair kuning yang biasa keluar dari kemaluan wanita ialah tanda sebelum datang haid dan selepasnya. Jika sering keluar, ia adalah penyakit. Cecair kuning ini najis yang perlu dibersihkan setiap kali sebelum solat. Untuk memudahkan mencuci alat sulit ini, amalkan memakai ‘panty liner’ atau pengalas seluar dalam. Setiap kali hendak bersolat, cuci alat sulit dan ganti dengan alas yang baru sebelum berwuduk. Jangan ambil masa terlalu lama antara wuduk dan solat. Maknanya, segerakan solat sejurus selepas mengambil wuduk. Jika cecair terasa keluar ketika solat dalam keadaan memakai alas bersih (kemaluan ditampal), solat masih sah kerana ia dikira penyakit yang sukar dielakkan kerana sering keluar.

4)Hukum Nenek Menyusukan Cucu


Apakah hukum nenek menyusukan cucunya ?
 
Jawapan
Nenek boleh menyusukan cucunya.
 

No comments:

Post a Comment